Monday, January 10, 2011

post pemecah dinding

salam,

terima kasih.

terima kasih meluangkan masa korang berkunjung ke sini.

ape pun. setelah berbulan bulan aku pikir.. post pertama yang aku nak letak adalah~


sebab aku xnak buat blog adalah sebab aku nak buat blog



1. malas dan xde masa
percaya atau tak, aku amek masa lama gile untuk memulakan blog ni. semua sebab atas alasan.. well, selain malas adalah xde masa. mane nak ade masa.. balik keje main game. tu tak temasuk facebook..2 tu je dah abes masa malam aku.

bkan ape.. sebab sedar, masa aku sekarang, adalah masa yang paling pantas berlalu dalam seumur hidup aku. x pernah selaju ni. macam air kluar dari paip air yang laju tu. tau2 je 6 bulan keje. 6 bulan! yang paling pantas!

hari ni kat ofis, ambik masa sejam semata2 untuk rancang mana satu keje nak buat dulu. semua nak semalam! argh! tapi aku capai kesimpulan, buat je mana terlintas. tu yg sampai mula buat blog ni.

sebelum ni, aku slalu pikir orang yang buat blog ni.. banyak betul masa dia.. tapi mungkin juga, diorang buat blog sebab diorang xda banyak masa. jadi masa sedikit yang diorang ada, diorang abadikan dalam web. jadi masa diorang x habis begitu saja, bahkan diorang boleh tgk balik masa yang diorang spend dulu.

so kat sini aku nak abadikan sedikit masa untuk letak kat dalam web. mana tau 30 tahun akan datang aku nak tengok balik mana 30 tahun aku pergi.. aku boleh jumpa balik stengah jam aku kat sini. paling best pun boleh tersenyum sdr.. heheh.

2. mindset percanggahan
ni berkait dengan sifat tamak aku...tamak dari segi pemikiran. berfikir dari 2 sudut ekstrim.. parrallel!

salah satu dinding penghalang paling besar adalah sebab input dan output pemikiran aku keluar dalam bentuk imej dan audio, dan bukan dalam bentuk karangan berjelajela camni..

pemikiran aku:ada 2 column. column 1 imej yang tak bersusun, column 2 imej2 yang dikumpulkan mengikut jenis dan sequence.. ala macam mind map yang kita blajar time buat nota sejarah n geografi kat skolah2 tu dulu.. so kalau aku nak menerangkan sesuatu, kalau boleh aku lukis depan korang baru aku puas hati. ini pun menerangkan kenapa aku slalu gagap kalau buat presentation tanpa persediaan.. sebab aku perlu masa nak susun ayat2 dulu baru bagi kat korang.

lagipun mmg cita2 aku nak buat macam2 perkara sebelum aku mati.


3. alam lain
sebab per, aku xmau terputus dari dunia nyata~ n aku ingat kaki blogger ni sume macam anti sosial lah xde life lah. prejudis la plak. tapi kenyataannya, mereka hidup 2 alam...memanglah alam maya bukan tempat asal kita..tapi.. ni mungkin rahsia hidup kekal abadi! hidup di alam maya. selagi ada orang baca post ni.. penulis dia hidup kembali, tapi hidup dalam bentuk imaginasi pembaca.. boleh jadi apa saja, samada orang paling disukai ataupun dibenci..

camne pun, tak terbanding dengan hidup di dunia nyata, berjumpa, bergurau, bersusah dan bersenang.

tu je la utk malam ni. takut x berpenghujung plak blog ni

trimas kerana baca sampai habis. aku harap post aku seterusnya taklah jauh sangat beza tarikhnya dari tarikh blog ni. tapi ok jugak tarikh aku post mende ni. 11.1.11

sekian